Pages

Sunday, March 29, 2009

~Tertib Solat Rasulullah S.A.W.~

Hadith :


Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.”
(Muslim)

Huraian

Untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyuk dan keduanya, memastikan agar solat dilaksanakan mengikut cara yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.” Malah batas antara iman dan kufur ialah solat.

~Temu Bual Yang Memeningkan..~

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

~Lagu Pilihan HAMBA~

PERSINGGAHAN

Artis - Zahran

Sekian lama hidup di kegelapan
Teraba-raba tanpa tujuan
Akal dan budi seakan tak berfungsi
Ke manakah diri

Apa diturut kehendak yang meronta
Menyeksa badan mambakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri
Renungkanlah ini

Kita sekadar di persinggahan
Pasti kembali pada yang menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani

Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia
Pada illahi bantuannya menanti
Iman dan taqwa yang sejati

Itulah bekalan diri
Doa senjata mereka yang beriman
Tuhan pencipta maha penyayang
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada tuhan

Friday, March 20, 2009

~Lirik Pilihan Bulan Ini~

Bisikan Malam

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

~Tatapan Sang Manusia~

Dilihat dari sudut berbeza, Kaabah kelihatan begitu indah. Mengapa berlakunya semua ini? Agungnya kekuasaan Allah S.W.T. menjadikan sesuatu yang indah tetap kelihatan indah. Tempat suci bagi umat Islam dipelihara bagi membuktikan agungnya Islam di muka bumi ini. Kebenaran Al-Quran tidak ada seorang pun yang boleh melawan kerana segala yang terkandung di dalamnya jelas terbukti kesahihannya dan tidak dapat dinafikan lagi. Berpeganglah kepada Islam selagi kita masih lagi diberi kesempatan ini.

~Milik Siapakah??~


Mungkin ada yang tahu dan sememangnya ramai yang tidak tahu. Kereta siapakah ini? Dan mengapa kereta ini menjadi aset terpenting saya? Nantikan jawapannya..

~Perjalanan Seorang Hamba~

Assalamualaikum.. rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi pengalaman ini. Sangat menarik sehingga sukar untuk dilupakan. Terngiang-ngiang di fikiran pengalaman tatkala kami sekeluarga bercuti di Utara. Bak kata orang "jauh perjalanan luas pemandangan", itulah yang mampu untuk saya ungkapkan sebagai pengalaman menarik ini.



Hari pertama-Perjalanan merentasi masa.

Sukar untuk digambarkan. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 12 jam amat sukar ditempuh. Terasakan masa berlalu terlalu lama sehingga kami berasa bosan kerana perjalanan yang begitu lama. Tapi apakan daya, kami tempuhi juga. Orang ada berkata "kesabaran membawa kebahagiaan". Perjalanan yang disangka lama terasa begitu singkat tatkala tayar kereta mula mencecah negeri Perlis. Indah pemandangan melihat padi-padi yang terbentang luas, menyegarkan mata memandang.


Tatkala tiba di jeti Perlis, berdebar-debar pula rasa."Dah lame x naik feri ni" hati berkata sendirian. Namun ditempuh jua. Tersenyum setiap wajah tatkala kaki melangkah ke dalam feri menuju ke Langkawi. Besar, luas dan selesa.

Tiba di langkawi. Tempat pertama menjadi tempat persinggahan kami ialah galeri Tun Mahathir. Pelbagai barangan serta gambar-gambar yang dipamerkan. Sungguh menarik.




Tidak cukup dengan itu, kami berjalan lagi ke pantai. Entah apa nama pantai tu, sudah terlupa. Tidak mengapa yang penting tempat yang diberi nama pantai.



Sebelum meneruskan perjalanan, kami rehat sebentar untuk makan. Dan kemudian kami tidak pergi jauh melainkan di Pekan Kuah untuk mencari barang-barang keperluan serta tidak dilupa, coklat sebagai barang wajib. Penat berjalan seharian, kami kembali ke tempat penginapan kami, Hotel. Bermandi kolam serta merehatkan badan. Malam berlalu, kami sekadar berehat serta berjalan-jalan di Pekan Kuah.

Hari kedua-kembali ke Tanah Besar.

Masa di Langkawi berlalu dengan pantas. Seawal pagi, kami sudah kembali ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia. Memang terasa sebentar sahaja tetapi apakan daya, masa berlalu dengan pantas.

Sekembali dari Langkawi, kami menuju ke Padang besar, pusat tumpuan para pelancong membeli barang dengan harga yang berbaloi. Puas membeli, kami kembali ke Kuala Perlis untuk ke Hotel. Malamnya, kami menjamu selera di tepian pantai. Sungguh enak sambil terasa tiupan angin laut. Sungguh nyaman.



Hari ketiga-Kembali ke Negeri Sembilan.

Hari ketiga juga hari yang membosankan. Perjalanan ke Negeri Sembilan yang cukup lama dan penat. Tidak mengapa, yang penting kami selamat tiba.

Hari berlalu begitu pantas. Akhirnya hari kelima, kami kembali ke Johor, teratak kami sekeluarga. Pengalaman yang menarik dan pastinya akan menyusul tempat baru untuk dilawati.

~Ucapan Pertama Pembuka Bicara~


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Salam pertemuan buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini dan yang masih belum mengenali diri ini salam perkenalan. Diri ini masih muda dan masih banyak perlu dipelajari.

Untuk makluman, saya merupakan salah seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang. Jika ingin lebih mengenali, teruskan melawat blog ini dan semoga terhibur..

Tuesday, March 17, 2009

~Assalamualaikum~


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Malaysia. Salam perkenalan dan semoga ukhwah terjalin erat antara kita sesama muslim..