Pages

Friday, October 14, 2011

Syahadah

Pengertian dan pengiktirafan tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan kalimah syahadah: ( أشهد أن لا إله إلا ألله * وأشهد أن محمد رسول الله )yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.



Sebab dipanggil kalimat Laailahaillallah itu kerana :
  1. Merupakan Kalimah Syahadah atau kalimah peryaksian, yaitu siapa yang mengucapkan Laailahaillallah dia telah mengumumkan dirinya pada orang banyak bahwa dia orang muslim atau Islam.
  2. Merupakan Kalimah Tauhid kerana dalam kalimah itulah dibahas tentang Ke Esaan Zat Allah SWT.
  3. Merupakan Zikir Utama kerana dalam ajaran Islam itu ada bentuk zikir yang paling utama ialah kalimah Laailahaillallah. Barangsiapa yang mau masuk Islam harus menempuh pintu gerbangnya dahulu yaitu Laailahaillallah dan tidak sah dengan zikir atau lain-lain perbuatan.
  4. Mengucapkan Kalimah Toyibah, kalimah yang baik kerana kalau seseorang itu benar-benar mengucapnya dari hati, hati itu teguh dan dapat mencetuskan segala kebaikan kepada Allah SWT. Hati itu akan mendorong seseorang melakukan kebaikan.


Tuntutan Syahadah:


      1- Membenarkan Segala Yang Datang Dari Allah dan RasulNya
2- Taat Kepada Allah dan RasulNya

      3- Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar


4- Memberi Wala’ Kepada Orang Mukmin dan Menlak Orang Kafir
5- Melaksanakan Hukum-hukum Dari Kitab Allah dan Rasulnya

 
surat:5 ayat:44
"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia akan jatuh kafir".[ Q.S. Al Maidah : 44 ]

surat:5 ayat:45

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh zalim".[ Q.S. Al Maidah : 45]

surat:5 ayat:47

 ]Firman Allah yang lain : "Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah dia akan jatuh fasik".[ Q.S. Al Maidah : 47 ]



Perkara-perkara yang membatalkan syahadah:

·         Bertakwakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

·         Engkar nikmat Allah samada yang terang atau yang tersembunyi, yang rnudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

·         Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

·         Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

·   Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.

·         Menjalankan hukum yang lain selain hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum AlIah dalam sesuatu perkara.

·         Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.

·   Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

·     Menghina sesuatu daripada kitabullah atau sunnah atau orang-orang ailim yang menegakkannya dan mempersendakan hokum-hukum dapada hukum atau syiar-syiar daripada syiar Islam.

·      Menghalalkan apa yang dihramkan Allah dan sebaliknya.

·   Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada al-Kitab dan as-Sunnah.

·         Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.

·         Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

·         Rasa takut, Iemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam mengakkan perkara-perkara syirik.

·         Mengatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat-ayat yang lahir dan isi yang terkandung dalam ayat-ayat itu.

·         Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengertian yang jelas serta engkar sifat­-sifat ketuhananNya atau engkar nama-namaNya.

·         Tidak mengetahui Atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

·         Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

·         Membuat sesuatu pekerjaan (Ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf selain kepada baitullah dengan niat mendekati Allah.

·         Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatah yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapat pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad kerana supaya orang mengenang jasa dan namanya.




No comments:

Post a Comment