Pages

Tuesday, August 24, 2010

~Dakwah Satu Kewajiban~

Alhamdulillah..masih ada insan-insan yang ingin menjalankan dakwah. Tidak sia-sialah nabi SAW menyintai umat-umatnya dan mungkin kerana inilah umat Nabi Muhammad SAW menjadi golongan yang teristimewa daripada umat-umat yang lain.

Bukan mudah untuk menjalankan dakwah dan bukan pula susah untuk menjalankannya. Dalam kita ingin berdakwah, perlu adanya elemen-elemen penting iaitu da'ie (pendakwah), mad'u (sasaran dakwah), maudu' (benda yang ingin disampaikan) dan uslub (cara penyampaian).

Di dala hadis nabi SAW sendiri ada dinyatakan cara-cara untuk berdakwah:
1) Dengan tangan (kuasa)
2) Dengan lisan
3) Dengan hati

Dalam hal ini, perlu difikirkan juga bahawa tidak ada dakwah yang tidak ada cabarannya. Dalam buku "Bahtera Penyelamat", ada dinyatakan beberapa cabaran kepada seseorang da'ie iaitu:
1) Orang mu'min yang dengki kepadanya
2) Orang munafiq yang benci kepadanya
3) Orang kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkan
5) Nafsu yang merangsangnya

Oleh itu, fikirkanlah sama ada kita ni berdakwah atau tidak. Jika kita berdakwah, adakah dakwah kita menyerupai dakwah rasulullah SAW yang penuh dengan cabaran atau tidak. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wallahualam..

P/S: Marilah sama-sama kita menghidupkan sunnah di bulan yang mulia, ramadhan ini.