Pages

Sunday, January 31, 2010

~Inilah Pemimpin Yang Dicari-cari~

Assalamualaikum WBT kepada semua rakan yang dikasihi..


Baru beberapa hari yang lepas, saya ada menyatakan bahawa layakkah kita menjadi pemimpin. Namun kali ini, saya cukup tertewas dengan seorang sahabat saya yang baru sahaja dinaikkan menjadi MPP UMP, Mohd Aedlan Nur Bin Ahmad dengan penampilan kepimpinan yang terserlah dalam dirinya. Bukan disebabkan oleh gayanya, tetapi kerana tingkah lakunya yang betul-betul meyakinkan saya bahawa dialah insan yang benar-benar layak menjadi pemimpin. Anda ingin tahu mengapa??


Ikuti perbualan kami berdua pada suatu malam yang dingin..


Kami baru balik dari kedai photostat kat kk2 ump..

Hamba : Lan, jom ar blk..nak stdy lg ni..

Aedlan : Wei, jom ar tlg ak tanggalkan poster bebdk ni..esk hari last da..

Hamba : x yah la..diorng yg tampal..diorng la yg tanggalkan..

Aedlan : x per la, jom kite tanggalkan je..da x smpat ni klau tnggal esk..jap ak g pnjam gunting kat member ak kat kdai photostat tu..

(untuk perhatian, poster yang dimaksudkan ialah poster calon-calon lain yang masih belum ditanggalkan di cafe-cafe dan tepi pondok guard di kk2 ump)




Sahabat-sahabat sekalian, tatkala itu, terfikir saya sejenak, mengapa saya tidak boleh jadi seperti dia??mengapa dia boleh berfikir sebegitu sedangkan saya tidak pernah terfikir sebegitu??mungkin itulah kelemahan saya dan itulah kelebihan dia, seorang yang bersemangat untuk melakukan kerja, walaupun bukan dalam bidang dia. Inilah pemimpin yang kita cari selama ini, bukan pemimpin yang hanya mementingkan kerja dalaman sahaja, tetapi juga melakukan kerja-kerja yang bukan dalam bidang tugasnya. Mungkin sebab itulah saya berani menerima tawaran untuk menjadi PA Aedlan untuk pilihanraya yang lepas, bukan kasihan, atau terpaksa..tetapi hanyalah untuk membantu orang yang benar-benar layak untuk memimpin kami di masa hadapan, dan juga sebagai cara saya merubah peribadi saya yang mungkin selama ini salah.


Kepada sahabat-sahabat yang mungkin selama ini berperasangka buruk terhadap pemimpin ini, renung-renungkanlah kembali apa yang anda sangsikan itu. Dan seperkara lagi yang saya ingin sampaikan..

Aedlan : "..saya berharap kepada mahasiswa dan mahasiswi ump agar membantu kami di mpp dalam melakukan apa yang terbaik untuk ump, bukan hanya mengharapkan kami sahaja yang melakukan kerja, tapi kami mengharapkan anda bersama-sama kami memikul tanggungjawab terhadap ump ini..."

Itulah kata-kata yang diluahkan kepada kami sewaktu berkumpul membincangkan masalah-masalah yang berbangkit di ump. Jadi saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi ump, kita bersama-sama berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin di mpp untuk bangkit sebagai mahasiswa yang cakna atau apa yang selalu kita sebut, "kami mahasiswa peduli"..Jangan hanya pandai mengata belakang, mengatakan mpp tidak buat kerja, tetapi sebenarnya kita yang tidak perihatin terhadap diri kita sendiri..


Wallahualam...

(Maaf kepada aedlan kerana menyiarkan artikel ini, harap anda tidak marah..bukan niat untuk publisitikan anda, tetapi sebagai pedoman kami yang akan bekerja bersama anda, moga kami dapat ambil iktibar..)

Friday, January 29, 2010

~10 Muwassofat Tarbiyyah~

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu membaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1-Kuat Tubuh Badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada kedua-duanya ada kebaikan.
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2-Akhlak yang Mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi s.a.w..
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan da’ie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3-Fikiran yang Berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama’ yang tsiqoh. Pesan Imam Al-Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi”
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4-Mampu Berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5-Akidah yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6-Ibadah yang Betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7-Mampu Melawan Nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8-Menjaga Waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9-Tersusun dalam Urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan da’wah.

10-Berguna untuk Orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
Da’ie adalahlain dari kesesatan.
Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

~Layakkah Aku Menjadi Pemimpin??~

Assalamualaikum WBT dan salam perpaduan...


Layakkah aku menjadi pemimpin? Persoalan yang sering dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin yang beragama Islam kerana terlalu memikirkan kesinambungan daripada apa yang sering didengarnya selama ini. "Sebelah kaki seorang pemimpin yang beragama Islam sudah berada di dalam neraka". Lantaran daripada itu, ramai pemimpin-pemimpin yang beragama Islam cuba untuk melepaskan tanggungjawab ini kerana merasakan dirinya tidak layak untuk memimpin. Persoalannya, siapakah yang akan memimpin negara ini sekiranya semua penganut yang beragama Islam memikirkan perkara yang sedemikian? Adakah kita sanggup melihat negara ini yang telah diiktiraf sebagai nagara Islam dipimpin oleh orang-orang yang tidak faham akan Islam itu sendiri? Anda sendiri yang akan merungkai persoalan ini kerana setiap daripada anda adalah pemimpin.


Untuk merungkai persoalan ini, sukalah saya untuk membawa beberapa contoh yang telah kita sedia maklum agar persoalan yang seumpama ini tidak lagi timbul dalam kalangan masyarakat kita kini. Pernah diceritakan suatu ketika dahulu, bahawa pernah Rasulullah SAW hendak diangkat menjadi seorang nabi dan rasul, baginda merasa tidak mampu, kerana diceritakan bahawa baginda seorang yang buta huruf, tidak pernah mempelajari apa-apa ilmu melainkan ilmu-ilmu asas seperti ilmu mengembala kambing dan sebagainya. Hal ini diceritakan dalam kisah baginda mula-mula mendapat wahyu daripada Allah SWT, dimana malaikat Jibril meminta supaya baginda membaca, tetapi baginda menolak kerana mengatakan bahawa baginda tidak tahu membaca. Tetapi akhirnya baginda menerimanya sebagai satu amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT keatas diri baginda.

Pernah juga diceritakan ketika zaman selepas kewafatan nabi SAW, tidak ada yang berani memimpin negara Islam kerana bimbang tidak mampu menjalankan kewajipan dengan sebaiknya, hal ini dikisahkan dalam peristiwa sahabat baginda, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Jika dilihat ketika mula-mula pembentukan zaman khalifah Islamiyyah, berlakunya petelingkahan antara penyokong-penyokong Abu Bakar dan juga penyokong-penyokong Umar yang masing-masing mahukan pemimpin yang mereka sokong itu menjadi pemimpin kepada negara Islam pada ketika itu. Akhirnya, mereka bersepakat agar diadakan undian (atau lebih kita kenali sebagai pilihanraya) bagi memilih pemimpin yang benar-benar layak berdasarkan kepada sokongan daripada suara umum. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Abu Bakar yang terus mengangkat beliau menjadi Khalifah Islam yang pertama mentadbir bumi Islam selepas kewafatan baginda SAW.


Berdasarkan kisah-kisah tersebut, dapat kita simpulkan bahawa tugas sebagai pemimpin jatuh ke bahu setiap manusia kerana setiap manusa itu dilahirkan untuk dipimpin dan memimpin, bukannya sesetengah tetapi semua. Walaupun hanya sesetengah yang akan memimpin di peringkat atasan, tetapi kita semua adalah pemimpin di peringkat bawahan, bukan bermakna kita lemah, tetapi bergantung kepada kemampuan kita sendiri kerana Allah itu maha mengetahui akan kemampuan hamba-hambaNya. 

Walaupun kita pernah mendengar satu kisah dimana amanah itu suatu yang berat, apabila dijatuhkan keatas bukit bukau, nescaya akan hancur bukit itu kerana tidak mampu menanggung beban yang terlalu berat, namun percayalah kita bahawa bukan semua pemimpin tidak mampu menanggung bebanan amanah, tetapi yakinlah akan pertolongan yang Allah akan berikan kepada kita.


Akhirnya, percayalah akan janji-janji Allah, jika kita membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita, tidak kira dalam apa jua keadaan, yakinlah akan janji-janji Allah itu. Hanya daripada Allah kita dilahirkan dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan. Ingatlah bahawa Allah besama-sama kita dalam apa jua keadaan, dan bantuan Allah itu akan diberikan dalam pelbagai bentuk, termasuklah nasihat daripada sahabat-sahabat kita sendiri.


Wallahualam...

Thursday, January 28, 2010

~Khilafnya Hamba Ini~


Salamun alaik...maaf di atas kekurangan idea dalam memberikan input2 yang berguna kpd teman2 sekalian..


Silapkah ak??entahlah mngkin juga silapku..ak tdk mengenali erti kata perjuangan yg sebenar, mungkin selama ini ak hanya merasakan diri ini sempurna, tp ak silap..ak masih tidak faham erti kata perjuangan yang dimaksudkan..diri ini jahil, perlu dibimbing agar tidak tersasar dari jalan-Mu..Ya Allah, bantulah hamba ini dalam memahami konteks perjuangan yang engkau maksudkan..mungkin juga ak berdosa padaMu hinggakan engkau menegur ak..sujud syukur ak kerana engkau masih tidak mengabaikan ak..engkau masih menyayangi hamba ini, walaupun dia telah melakukan banyak kesalahan kepada-Mu..ak redha dalam menerima ketentuan ini..


Pernah suatu ketika nabi adam alaihissalam melakukan kesalahan yang besar kepada Allah hingga dia mendapat balasan diatas kesalahan yang telah dia lakukan..sehinggalah dia merintih kepada Allah kerana mengharapkan pengampunan, kerana dia sedar, dirinya telah melakukan kesalahan yang besar..bukan mudah untuk dia menerima ujian yang sebesar itu, sehingga menyebabkan dirinya dicampakkan ke dunia dalam keadaan yang gelap gelita..mungkin sudah ketentuan Illahi, akhirnya dia redha menerima ketentuan yang telah ditetapkan itu..sehinggalah taubatnya diterima disisi Allah dan dia menerima segala jenis kelebihan yang diharapkan..


Anak adam ini lemah, masih mencari erti kata kehidupan yang sebenar..SAHABAT, bantulah hamba ini dalam menempuh liku2 perjuangan yang masih panjang..bantulah hamba ini dalam mencari sinar kerana hamba mencari sinar......



Dunia Yang Hina

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Ertinya:

“Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Bukankah dunia itu dilaknati. Apa yang ada padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya; dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu.”

(HR. al-Tirmizi)

~Hamba Mencari Sinar~