Pages

Friday, March 20, 2009

~Perjalanan Seorang Hamba~

Assalamualaikum.. rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi pengalaman ini. Sangat menarik sehingga sukar untuk dilupakan. Terngiang-ngiang di fikiran pengalaman tatkala kami sekeluarga bercuti di Utara. Bak kata orang "jauh perjalanan luas pemandangan", itulah yang mampu untuk saya ungkapkan sebagai pengalaman menarik ini.



Hari pertama-Perjalanan merentasi masa.

Sukar untuk digambarkan. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 12 jam amat sukar ditempuh. Terasakan masa berlalu terlalu lama sehingga kami berasa bosan kerana perjalanan yang begitu lama. Tapi apakan daya, kami tempuhi juga. Orang ada berkata "kesabaran membawa kebahagiaan". Perjalanan yang disangka lama terasa begitu singkat tatkala tayar kereta mula mencecah negeri Perlis. Indah pemandangan melihat padi-padi yang terbentang luas, menyegarkan mata memandang.


Tatkala tiba di jeti Perlis, berdebar-debar pula rasa."Dah lame x naik feri ni" hati berkata sendirian. Namun ditempuh jua. Tersenyum setiap wajah tatkala kaki melangkah ke dalam feri menuju ke Langkawi. Besar, luas dan selesa.

Tiba di langkawi. Tempat pertama menjadi tempat persinggahan kami ialah galeri Tun Mahathir. Pelbagai barangan serta gambar-gambar yang dipamerkan. Sungguh menarik.




Tidak cukup dengan itu, kami berjalan lagi ke pantai. Entah apa nama pantai tu, sudah terlupa. Tidak mengapa yang penting tempat yang diberi nama pantai.



Sebelum meneruskan perjalanan, kami rehat sebentar untuk makan. Dan kemudian kami tidak pergi jauh melainkan di Pekan Kuah untuk mencari barang-barang keperluan serta tidak dilupa, coklat sebagai barang wajib. Penat berjalan seharian, kami kembali ke tempat penginapan kami, Hotel. Bermandi kolam serta merehatkan badan. Malam berlalu, kami sekadar berehat serta berjalan-jalan di Pekan Kuah.

Hari kedua-kembali ke Tanah Besar.

Masa di Langkawi berlalu dengan pantas. Seawal pagi, kami sudah kembali ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia. Memang terasa sebentar sahaja tetapi apakan daya, masa berlalu dengan pantas.

Sekembali dari Langkawi, kami menuju ke Padang besar, pusat tumpuan para pelancong membeli barang dengan harga yang berbaloi. Puas membeli, kami kembali ke Kuala Perlis untuk ke Hotel. Malamnya, kami menjamu selera di tepian pantai. Sungguh enak sambil terasa tiupan angin laut. Sungguh nyaman.



Hari ketiga-Kembali ke Negeri Sembilan.

Hari ketiga juga hari yang membosankan. Perjalanan ke Negeri Sembilan yang cukup lama dan penat. Tidak mengapa, yang penting kami selamat tiba.

Hari berlalu begitu pantas. Akhirnya hari kelima, kami kembali ke Johor, teratak kami sekeluarga. Pengalaman yang menarik dan pastinya akan menyusul tempat baru untuk dilawati.

No comments:

Post a Comment