Pages

Thursday, April 1, 2010

~Pentingnya Nilai Agama Dalam Pembentukan Masyarakat~

Di Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sebagai rakyat masyarakat Malaysia kita seharusnya percaya bahawa kita tidak mampu hidup dalam sebuah negara yang berpegang kepada nilai yang jauh berbeza daripada pegangan majoriti rakyatnya lantas menerima nilai-nilai yang diperkenalkan.


Begitu juga dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Nilai-nilai agama mereka juga turut sama memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia hari ini. Agama Buddha, Hindu, Kristian dan agama-agama bagi kaum minoriti lain bebas diamalkan di negara ini sehingga membolehkan setiap masyarakat di bawah ajaran agama itu mengamalkannya. Oleh itu, sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri seharusnya dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua. Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dan musyawarah dalam menyelesaikan sebarang masalah. Memilih jalan pemberontakan, melakukan keganasan dan bertindak di luar batas-batas kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan sama sekali bagi menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan Negara.

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian telah mewujudkan konflik yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Pada hari ini, banyak contoh-contoh yang terdapat di hadapan kita di mana nilai-nilai keagamaan diketepikan demi memenuhi agenda politik dan kekuasaan semata-mata. Melihat kepada contoh-contoh yang ada di hadapan kita, semua agama, Islam, Buddha, Hindu dan Kristian mengalami keadaan di mana ianya diheret dalam kancah konflik sedangkan semua agama ini menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia. Keadaan ini berlaku kerana opportunist yang melampau atau extreme dalam sesebuah masyarakat ini akan mengambil kesempatan daripada sesuatu yang amat sensitif kepada manusia iaitu nilai agama mereka bagi mencetuskan kekecohan demi sesuatu kepentingan yang tersembunyi. Agenda mereka mungkin penguasaan politik atua pemerintahan, ekonomi atau kawasan (territorial).

Persoalannya, haruskah kita bermusuhan jika suatu perkara itu boleh diselesaikan secara musyawarah?

1 comment:

  1. salam.....
    perlu diteliti apakah punca permusuhan ini...adakah kerana kepentingan diri, kepentingan agama, atau negara...
    permulaannya, cukup baik, bermulanya seorang anak adam dilahirkn di bumi yg sementara, sama ada ia menjadi pengikut atau pemimpin untuk org len, yg pastinya dialah pemimpin bg diri sdri....baik caranya dia memimpin diri sdri, baik jugalah dia mempin org len...
    mengapa tiada musyawarah??? krn hati yang mementingkn diri...tiada sifat keterbukaan, dan yg plg penting tiada sifat kesederhanaan......tiada sifat kesederhanaan , maka terjadilah pengikut yg terlalu obses dgn pegangan masing2....terlalu obses????terlalu fanatik??? kadangkala masih boleh berunding, namun , masih lg memperjuangkan sst dgn alasan, demi agama.....sedangkan agama mengajar musyawarah...inilah peranan umat islam...tunjukkan kemurniaan islam disebalik kemurnian dan kelembutan....islam itu lembut...namun jgn dislh ertikan...
    wslm

    ReplyDelete